Event

 

MEMPERKASA WARGA, MEMANTAPKAN PERKHIDMATAN: KIJ JBALB SARAWAK SIRI 2/2026

06 Sep 2026 - 10 Sep 2026, Tanahmas Hotel, Sibu
JBALB HQ
MEMPERKASA WARGA, MEMANTAPKAN PERKHIDMATAN: KIJ JBALB SARAWAK SIRI 2/2026

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak meneruskan siri penganjuran Kursus Induksi Jabatan (KIJ) Siri 2/2026 anjuran Cawangan Sokongan Pekerja, Ibu Pejabat JBALB yang telah berlangsung pada 6 hingga 10 September 2026 bertempat di Tanahmas Hotel, Sibu.

Kursus yang melibatkan seramai 60 orang kakitangan Ibu Pejabat dan JBALB Bahagian daripada pelbagai gred ini merupakan satu platform penting dalam memperkukuh kefahaman, jati diri serta profesionalisme warga kerja JBALB.

Antara fokus utama KIJ adalah memberikan pendedahan berkaitan Enam Nilai Bersama Perkhidmatan Awam Sarawak, fungsi dan peranan setiap cawangan di JBALB serta aspek etika dan integriti dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Majlis Penutupan Kursus Induksi Jabatan (KIJ) turut dirasmikan oleh Tuan Ir. Ts. Haji Tamida bin Haji Da'adi, Pemangku Pengarah JBALB Sarawak.

Turut hadir bersama Pemangku Pengarah ialah Ts. Aaron Gorino, Timbalan Pengarah (Operasi); Ts. Dianne Andrew Jo (Timbalan Pengarah - Pengurusan), Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah - Khidmat Teknikal).

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada semua penceramah daripada ketua-ketua cawangan Ibu Pejabat JBALB, fasilitator serta urusetia atas perkongsian ilmu, komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Kursus Induksi Jabatan pada tahun ini.

#kursusinduksijabatan #KIJ #jbalb #induksi #kursusinduksi
For more information, please visit here