JBALB SARAWAK RAIH DUA ANUGERAH DI MALAYSIA WATER INDUSTRY AWARDS (MWIA) 2026
22 Sep 2026 - 22 Sep 2026,
Penang Waterfront Convention Centre
Malaysia Water Association
JBALB SARAWAK RAIH DUA ANUGERAH DI MALAYSIA WATER INDUSTRY AWARDS (MWIA) 2026
Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak sekali lagi melakar pencapaian membanggakan apabila meraih dua pengiktirafan dalam Malaysia Water Industry Awards (MWIA) 2026, menerusi kategori ‘Special Award for Rural Water Supply Project’ dan ‘Best Water Supply Rehabilitation Project Award’.
Bagi kategori ‘Special Award for Rural Water Supply Project’, JBALB Sarawak dinobatkan sebagai penerima anugerah menerusi projek/inisiatif ‘Performance-Based Non-Revenue Water (NRW) Reduction Programme for Serian Division’. Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Insight Analytics Berhad sebagai kontraktor utama serta Pasukan NRW Dalaman JBALB sebagai perunding reka bentuk.
Sementara itu, pengiktirafan bagi kategori ‘Best Water Supply Rehabilitation Project Award’ diterima oleh Cipta Wawasan Maju Engineering Sdn. Bhd. menerusi projek ‘Upgrading the Capacity of Nyabau Water Treatment Plant (254 (MLD) to 354 MLD)’.
Majlis penyampaian anugerah telah berlangsung bersempena 38th Annual Dinner & Awards Night anjuran The Malaysian Water Association (MWA) berlangsung di Penang Waterfront Convention Centre (PWCC), Pulau Pinang pada malam ini 22 September 2026 yang disampaikan oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, bersama Yang Mulia Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah.
JBALB Sarawak telah diwakili oleh Tuan Ir. Ts. Haji Tamida bin Haji Da'adi, Pemangku Pengarah JBALB Sarawak bagi menerima dan meraikan pengiktirafan berprestij tersebut.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan JBALB dalam meningkatkan kecekapan pengurusan sistem bekalan air luar bandar, khususnya melalui usaha mengurangkan Non-Revenue Water (NRW), mengoptimumkan sumber air serta memperkukuh keberkesanan operasi dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan JBALB Sarawak serta semua rakan strategik yang terlibat atas pencapaian ini!
For more information, please visit
here