Event

 

PROJEK GKCDA N.3 TANJUNG DATU: PERKUKUH INFRASTRUKTUR BEKALAN AIR DI LUNDU & SEMATAN

23 Sep 2026 - 23 Sep 2026, Dewan Mahligai Gading, Lundu
Greater Kuching Coordinated Agency (GKCDA)
PROJEK GKCDA N.3 TANJUNG DATU: PERKUKUH INFRASTRUKTUR BEKALAN AIR DI LUNDU & SEMATAN

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak melalui JBALB Bahagian Kuching telah menganjurkan Majlis Pelancaran Projek N.3 Tanjung Datu di bawah Program Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA), yang berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Mahligai Gading, Lundu. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Azizul Annuar bin Pehin Sri Adenan Satem, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.3 Tanjung Datu.

Pelaksanaan projek-projek infrastruktur bekalan air ini merangkumi beberapa skop utama, antaranya penggantian paip lama dan menaik taraf paip sedia ada yang tidak lagi mencukupi dari segi saiz, pembinaan empangan graviti baharu serta pemasangan saluran paip bagi Telok Serabang dan Telok Melano yang melibatkan sumber air baharu untuk Daerah Kecil Sematan.

Taklimat berkenaan projek tersebut telah disampaikan oleh Ir. Ts. Qairuniza binti Roslan selaku Jurutera Air Bahagian Kuching.

Skop projek turut melibatkan penggantian paip lama dan menaik taraf paip sedia ada, cadangan pelanjutan saluran paip di bawah kawasan DUN N.3 Tanjung Datu serta kerja-kerja penambahbaikan di Loji Rawatan Air (LRA) Lundu.

Turut hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Datuk Ik Pahon bin Joyik, Pegawai Tadbir Khas GKCDA ; Tuan Wan Fauzi bin Wan Ismail, Setiausaha Majlis Daerah Lundu; Pemanca Benjamin Gersit anak Jais; Pemanca Chin Kian Ming, serta ketua-ketua kaum dan masyarakat di Daerah Lundu.

Pelaksanaan projek-projek ini merupakan antara usaha berterusan dalam memperkukuh infrastruktur bekalan air di kawasan N.3 Tanjung Datu, khususnya di Lundu dan Sematan, sekali gus meningkatkan kualiti, kestabilan dan kebolehpercayaan bekalan air demi kesejahteraan komuniti setempat.

Rakan JBALB Bahagian Kuching
Rakan JBALB Daerah Lundu

#GKCDA #GreaterKuchingCoordinatedAgency #JBALB #JBALBKuching #TanjungDatu #DewanMahligaiGading
4d
For more information, please visit here