Event

 

SAMBUTAN LUAR BIASA! RERUAI JBALB SARAWAK TERUS MENJADI TUMPUAN PENGUNJUNG PADA HARI TERAKHIR SARAWAKKU SAYANG BETONG 2026

27 Sep 2026 - 27 Sep 2026, Kompleks Sukan Betong
Unit Perancang Ekonomi Sarawak EPU
SAMBUTAN LUAR BIASA! RERUAI JBALB SARAWAK TERUS MENJADI TUMPUAN PENGUNJUNG PADA HARI TERAKHIR SARAWAKKU SAYANG BETONG 2026

Memasuki hari ketiga dan terakhir Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Betong, reruai pameran Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak terus meriah dengan kehadiran pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Sepanjang 3 hari program SKS Bahagian Betong, warga JBALB telah menyampaikan kepada para pengunjung berkenaan pelbagai aktiviti, pendedahan berkenaan cara pemasangan meter air serta perkongsian maklumat berkaitan perkhidmatan dan pembangunan infrastruktur bekalan air JBALB.

Lebih daripada sekadar pameran, penyertaan JBALB Sarawak menjadi platform untuk mendekati masyarakat, meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan bekalan air terawat serta memperkukuh hubungan antara jabatan dengan komuniti setempat.

Terima kasih warga SKS Betong, jumpa pameran SKS seterusnya kelak ke Bahagian Mukah pada minggu hadapan!.

Rakan Jbalb Bahagian Betong
#SarawakkuSayangBetong #SKSBetong #JBALBSKS #JBALBBetong #JBALBSarawakkuSayang
For more information, please visit here