LAWATAN KERJA YB MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE PROJEK 'ACUTE SYSTEM' SEBUYAU
22 Sep 2026 - 22 Sep 2026,
Acute System Sebuyau
Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak
LAWATAN KERJA YB MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE PROJEK 'ACUTE SYSTEM' SEBUYAU
Seusai YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merasmikan sambungan paip di Kampung Sagu, Sebuyau pada 22 September 2026, beliau meneruskan lawatan kerja ke tapak Projek ‘Acute System’ Sebuyau bagi meninjau perkembangan terkini pelaksanaan projek tersebut.
Dalam lawatan berkenaan, YB Menteri telah diberikan taklimat mengenai status dan kemajuan projek oleh Ts. Adzahari bin Baini. Pelaksanaan projek kini mendahului jadual dan dijangka dapat disiapkan sebelum November 2026.
Bernilai sekitar RM15 Juta, Projek ‘Acute System’ Sebuyau dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk menambah baik sistem bekalan air sedia ada, khususnya bagi memenuhi keperluan bekalan air di Sebuyau dan kawasan sekitarnya.
Dengan siapnya projek 'Acute System' ini kelak, dijangka dapat meningkatkan keupayaan sistem bekalan air serta membantu memastikan penduduk menikmati bekalan air yang lebih stabil dan berterusan.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Encik Ayuradiman bin Bujang, Pegawai Daerah Sebuyau dan Ir. Ts. Awang Muhamad Ayahtullah, Ketua Penolong Pengarah (Pengagihan & NRW).
#JBALB #AcuteSystem #Sebuyau #JBALBSamarahan #AcuteSystemSebuyau
Rakan JBALB Bahagian Samarahan
For more information, please visit
here