MENGAKAR INTEGRITI, KELESTARIAN MAPAN: MEMPERKUKUH BUDAYA INTEGRITI WARGA JBALB SARAWAK
25 Sep 2026 - 25 Sep 2026,
Miri Marriott Resort & Spa
JBALB Integriti
MENGAKAR INTEGRITI, KELESTARIAN MAPAN: MEMPERKUKUH BUDAYA INTEGRITI WARGA JBALB SARAWAK
Program Hari Integriti peringkat Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak bagi tahun 2026 anjuran Cawangan Integriti yang telah diadakan pada 24 September 2026 dengan tema 'Mengakar Integriti, Kelestarian Mampan' yang berlangsung di Miri Marriott Resort and Spa.
Majlis tersebut yang telah dirasmikan oleh Ir. Ts. Haji Tamida bin Haji Da'adi, Pemangku Pengarah JBALB Sarawak, sebagai usaha berterusan jabatan dalam memperkukuh pembudayaan integriti, akauntabiliti, ketelusan dan profesionalisme dalam kalangan warga kerja JBALB Sarawak.
Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Pemangku Pengarah JBALB menegaskan bahawa integriti bukan sekadar slogan, sebaliknya perlu dijadikan budaya kerja yang diamalkan dalam setiap keputusan dan tindakan. Setiap warga kerja bertanggungjawab memastikan kepentingan awam sentiasa diutamakan demi penyampaian perkhidmatan bekalan air yang berkualiti, cekap dan berintegriti.
Turut juga memberi ucapan aluan pada program tersebut ialah Ts. Dianne Andrew Jo, Timbalan Pengarah (Pengurusan) JBALB Sarawak.
Majlis ini turut dihadiri seramai 250 orang yang terdiri daripada warga kerja daripada JBALB Ibu Pejabat dan JBALB Bahagian.
Program Hari Integriti pada tahun ini dimulakan dengan Sesi Ceramah yang bertajuk “Kecekapan Pengurusan Bekalan Air Terawat” yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Ir. Abdul Kadir bin Mohd Din, FASc, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Sesi ini memberi pendedahan berkenaan kepentingan kecekapan pengurusan bekalan air terawat, selaras dengan tema program.
Program ini turut menampilkan Sesi Forum "Integriti di Lapangan Realiti dan Cabaran dalam Industri Bekalan Air" yang disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Wahab bin Haji Ahmad, Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) daripada Jabatan Hutan Sarawak yang menghimpunkan barisan panel daripada JBALB Sarawak yang disertai oleh Ir. Ts. Qairuniza binti Roslan, Jurutera Air Bahagian Kuching dan Ts. Adzahari bin Baini, Jurutera Air Bahagian Samarahan manakala wakil daripada Sarawak Water Sdn. Bhd. yang disertai oleh Ir. Ts. Dr. Geoffery Ranggu anak Thomas, 'Manager Distribution for Northern Region (Miri)', bagi berkongsi pengalaman serta membincangkan cabaran sebenar dalam memperkukuh amalan integriti dalam industri bekalan air.
Seterusnya, perkongsian Sesi Ceramah yang kedua telah disampaikan oleh YBhg. Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak di mana beliau telah menampilkan sesi ceramah berkaitan kecekapan pengurusan bekalan air terawat serta peranan integriti dalam menjamin kelestarian perkhidmatan air
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan JBALB Sarawak dalam memupuk budaya kerja berintegriti, memperkukuh profesionalisme serta meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap penyampaian perkhidmatan bekalan air luar bandar.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
#JBALBSarawak #HariIntegriti2026 #MengakarIntegritiKelestarianMapan #BudayaIntegriti #Integriti #IbuPertiwi #JBALB
For more information, please visit
here