SEBUYAU, 13 Sept: Kerajaan Sarawak menanggung subsidi tinggi bagi memastikan penduduk terutama di kawasan luar bandar memperoleh bekalan air bersih dan terawat pada kadar mampu bayar.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, walaupun kos pembelian air daripada pembekal utama iaitu Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) adalah mahal, kerajaan negeri tetap menjualnya pada kadar rendah kepada pengguna luar bandar.