News

 

Pembinaan sistem kritikal LRA Lingga yang terletak bersebelahan Masjid Al-Hana dijangka siap sepenuhnya pada September tahun ini

Posted on 10 Jun 2025
Source of News: TVS
w

LINGGA, 8 Jun: Pembinaan sistem kritikal Loji Rawatan Air (LRA) Lingga yang terletak bersebelahan Masjid Al-Hana dijangka siap sepenuhnya pada September tahun ini sekali gus meningkatkan kapasiti bekalan air bersih kepada penduduk setempat.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, apabila siap kelak, kapasiti loji tersebut akan meningkat kepada 1.65 juta liter sehari (MLD) berbanding kapasiti sedia ada iaitu 0.65 juta liter sehari.