SEMANGAT MALAYSIA: PEMANGKU PENGARAH JBALB SARAWAK HADIRI SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026
16 Sep 2026 - 16 Sep 2026,
Borneo Convention Centre Kuching
Kementerian Komunikasi Malaysia
SEMANGAT MALAYSIA: PEMANGKU PENGARAH JBALB SARAWAK HADIRI SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026
Pemangku Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, Ir. Ts. Haji Tamida bin Haji Da'adi telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Malaysia 2026 yang berlangsung pada 16 September 2026 bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).
Majlis sambutan bersejarah tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar. Turut hadir bersama ialah YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (Perdana Menteri Malaysia), YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg (Premier Sarawak) serta YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (Ketua Menteri Sabah), menjadi wadah dalam menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menghayati makna pembentukan Malaysia.
Sambutan Hari Malaysia terus menjadi simbol kebersamaan rakyat dalam meraikan kepelbagaian, keharmonian dan semangat muhibah yang menjadi kekuatan negara.
For more information, please visit
here