KITAK ORANG BETONG, JOM SINGGAH KE RERUAI JBALB SEMPENA SARAWAKKU SAYANG BETONG!
25 Sep 2026 - 27 Sep 2026,
Kompleks Sukan Betong
Unit Perancang Ekonomi Sarawak EPU
KITAK ORANG BETONG, JOM SINGGAH KE RERUAI JBALB SEMPENA SARAWAKKU SAYANG BETONG!
Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak meneruskan usaha mendekati masyarakat menerusi penyertaan pameran perkhidmatan dalam Program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Betong dengan mengadakan pameran interaktif bagi berkongsi maklumat berkaitan perkhidmatan dan pembangunan infrastruktur bekalan air luar bandar.
Pameran yang berlangsung selama 3 hari bermula 25 hingga 27 September 2026 bertempat di Perkarangan Kompleks Sukan Betong ini menjadi platform untuk pengunjung mengenali dengan lebih dekat peranan JBALB Sarawak, mendapatkan maklumat mengenai inisiatif bekalan air terawat serta berinteraksi secara langsung dengan warga JBALB berhubung perkhidmatan yang disediakan.
Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke reruai pameran JBALB Sarawak. Pelbagai informasi menarik menanti kitak semua! Antaranya ialah : Perkhidmatan Bekalan Air, Maklumat Terkini Bekalan Air di Betong, Kajian Kepuasan Pelanggan JBALB.
Melalui pendekatan ini, JBALB Sarawak terus memperkukuh hubungan bersama komuniti dan komited dalam usaha memperluas akses bekalan air terawat yang selamat serta mampan kepada masyarakat luar bandar.
#JBALB #SarawakkuSayang #SarawakkuSayangBetong #SKS #JBALBSarawakkuSayang
1d
For more information, please visit
here