PEMANGKU PENGARAH JBALB SARAWAK HADIRI MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026 BAHAGIAN BETONG
26 Sep 2026 - 26 Sep 2026,
Kompleks Sukan Betong
Unit Perancang Ekonomi Sarawak EPU
PEMANGKU PENGARAH JBALB SARAWAK HADIRI MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026 BAHAGIAN BETONG
Tuan Ir. Ts. Haji Tamida bin Haji Da'adi, Pemangku Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, telah menghadiri Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Betong yang berlangsung pada pagi tadi, 26 September 2026, bertempat di Kompleks Sukan Betong. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.
Turut hadir bersama Tuan Pemangku Pengarah dalam majlis perasmian tersebut ialah Ts. Aaron Gorino, Timbalan Pengarah - Operasi; dan Encik Andres Inchatekoster anak Anyap, Jurutera Air Bahagian Betong.
Sebelum menghadiri majlis perasmian tersebut, Tuan Pemangku Pengarah JBALB turut meluangkan masa berkunjung ke reruai pameran JBALB Sarawak bagi meninjau persiapan serta memberikan sokongan kepada warga JBALB yang terlibat dalam menjayakan pameran berkenaan.
Program ini turut membuka ruang interaksi secara langsung antara JBALB dengan masyarakat, selaras dengan komitmen jabatan untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, inklusif dan berorientasikan rakyat.
#SarawakkuSayangBetong #JBALBSarawakkuSayang #SKS #ReruaiJBALB #JBALBBetong
For more information, please visit
here