Event

 

KERAJAAN SARAWAK KOMITED DALAM PELAKSANAAN LOJI RAWATAN AIR BAHARU ENGKILILI BERKAPASITI 75 JUTA LITER SEHARI KINI DALAM FASA PEMBINAAN

25 Sep 2026 - 25 Sep 2026, Loji Rawatan Air Baharu Engkilili
Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak
KERAJAAN SARAWAK KOMITED DALAM PELAKSANAAN LOJI RAWATAN AIR BAHARU ENGKILILI BERKAPASITI 75 JUTA LITER SEHARI KINI DALAM FASA PEMBINAAN

Usaha memperkukuh infrastruktur bekalan air di Bahagian Sri Aman terus dipergiat menerusi pelaksanaan Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Baharu Engkilili yang kini sedang dalam fasa pembinaan.

YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek berkenaan bagi meninjau sendiri perkembangan semasa pelaksanaan projek strategik tersebut..

Dalam lawatan tersebut, YB Menteri telah diberikan taklimat mengenai status dan perkembangan terkini projek oleh Ir. Ts. Robert Heng Wei Kiong, Ketua Penolong Pengarah (Perancangan Korporat), sebelum dibawa meninjau kawasan tapak pembinaan.

Projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak melibatkan pembinaan sebuah loji rawatan air baharu berkapasiti 75 Juta Liter Sehari. Ia akan memberi manfaat besar kepada penduduk di Sri Aman dan kawasan sekitar, sekali gus membantu menyelesaikan isu bekalan air yang sekian lama dihadapi di kawasan berkenaan.

Pelaksanaan projek ini merupakan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dengan JBALB Sarawak sebagai agensi pelaksana dalam memastikan penduduk menikmati bekalan air yang lebih berkualiti, stabil dan mampan sejajar dengan peningkatan permintaan semasa serta pembangunan kawasan.

JBALB Sarawak akan terus memastikan projek ini dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan demi merealisasikan matlamat memperluaskan liputan bekalan air, meningkatkan kebolehpercayaan sistem bekalan air serta menyelesaikan isu bekalan air secara menyeluruh demi kesejahteraan rakyat Sarawak.
For more information, please visit here