PEMANGKU PENGARAH JBALB SARAWAK TINJAU PROJEK BEKALAN AIR BAHAGIAN MIRI DAN PENGOPERASIAN LOJI RAWATAN AIR SUAI, JBALB MIRI
23 Sep 2026 - 23 Sep 2026,
Loji Rawatan Air Suai
JBALB HQ
PEMANGKU PENGARAH JBALB SARAWAK TINJAU PROJEK BEKALAN AIR BAHAGIAN MIRI DAN PENGOPERASIAN LOJI RAWATAN AIR SUAI, JBALB MIRI
Tuan Ir. Ts. Haji Tamida bin Haji Da'adi, Pemangku Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek bekalan air di Bahagian Miri pada 23 September 2026 bagi meninjau perkembangan semasa pelaksanaan projek serta pengoperasian kemudahan bekalan air di kawasan sekitar Niah & Suai.
Lawatan dimulakan dengan tinjauan ke tapak projek “The Construction and Completion of Reinforced Concrete Weir with Associated Works at Suai Raw Water Intake Site, Miri Division, Sarawak” bagi melihat secara dekat perkembangan kerja pembinaan serta kerja-kerja berkaitan di kawasan muka sauk air mentah.
Tinjauan ini turut memberi fokus kepada kemajuan pelaksanaan projek dan aspek teknikal yang berkaitan dalam usaha memperkukuh kebolehpercayaan sumber air mentah bagi menyokong sistem bekalan air di kawasan berkenaan.
Tuan Pemangku Pengarah kemudiannya meneruskan lawatan ke Loji Rawatan Air (LRA) Suai bagi meninjau keadaan serta perkembangan pengoperasian loji tersebut.
Taklimat mengenai perkembangan projek dan status pengoperasian LRA Suai telah disampaikan oleh Ts. Lau Jing Teck, Jurutera Air Bahagian Miri.
Lawatan kerja ini merupakan sebahagian daripada pemantauan berterusan pihak pengurusan JBALB Sarawak terhadap pelaksanaan projek serta operasi fasiliti bekalan air bagi memastikan sistem bekalan air yang bersih, selamat & stabil dapat terus disediakan kepada komuniti luar bandar.
For more information, please visit
here