PROJEK BEKALAN AIR SERIAN FASA 2 BERI MANFAAT 76 BUAH KAMPUNG MENJELANG 2027
Posted on 29 Apr 2025
Source of News: RTM

PROJEK BEKALAN AIR SERIAN FASA 2 BERI MANFAAT 76 BUAH KAMPUNG MENJELANG 2027
SERIAN, 30 April – Projek Bekalan Air Wilayah Serian Fasa Dua dijangka siap pada April 2027 dengan kos bernilai sekitar RM260 juta.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, projek berimpak tinggi ini bermula sejak Oktober 2024 melalui dua kontrak kerja, iaitu peringkat pertama dan peringkat kedua.
Jelas Dato Sri Julaihi, kemajuan fizikal projek bagi kontrak peringkat pertama setakat ini adalah sebanyak 19 peratus, manakala bagi kontrak peringkat kedua adalah sebanyak 7.37 peratus.
“Ia melibatkan pemasangan paip baharu, tangki aras tinggi, ‘booster station’, ada skop kerjanya lah, yang dilaksanakan dan dijangka siap pada April 2027 apabila Fasa Dua peringkat satu dan dua siap. Kita akan teruskan dengan pelaksanaan Fasa Tiga. Fasa Tiga ini bertompok dan akan kita sambung dengan mana-mana ‘missing link’. ‘Missing link’ ini kita golongkan di bawah Fasa Tiga.”
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Loji Rawatan Air Slabi, Bahagian Serian.
Beliau mendedahkan, antara skop kerja peringkat pertama merangkumi kerja-kerja pemasangan saluran paip dari Loji Rawatan A