News

 

ISO 9001:2015 BUDAYA KERJA BERKUALITI , ORGANISASI LEBIH BERDAYA SAING

Posted on 07 May 2026
Source of News: JBALB HQ
ISO 9001:2015 BUDAYA KERJA BERKUALITI , ORGANISASI LEBIH BERDAYA SAING

JBALB Sarawak terus memperkukuh budaya kerja berkualiti menerusi penganjuran Kursus ISO 9001:2015 Strategic Approach to Risk-Based Thinking Training yang berlangsung selama dua hari bermula 6 Mei hingga 7 Mei 2026 bertempat di Raia Hotel & Convention Centre Kuching.

Kursus ini menjadi platform penting dalam memperkasakan kefahaman warga kerja terhadap pendekatan pemikiran berasaskan risiko, pengauditan dalaman serta pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti yang lebih strategik dan berkesan.

Melalui penglibatan pegawai dan kakitangan daripada Ibu Pejabat serta JBALB Bahagian, inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, konsisten dan berorientasikan kepuasan pelanggan selaras dengan piawaian antarabangsa ISO 9001:2015.

JBALB Sarawak yakin bahawa pembangunan kompetensi dan pengukuhan tadbir urus organisasi merupakan antara asas utama dalam mendepani cabaran perkhidmatan masa kini demi penyampaian bekalan air luar bandar yang lebih mampan dan berkualiti untuk rakyat Sarawak.