TAKLIMAT PENGENALAN KESELAMATAN 'TOOLBOX BRIEFING' : KESELAMATAN BERMULA DENGAN KESEDARAN
Cawangan Pematuhan Ibu Pejabat JBALB hari ini telah mengadakan satu sesi Taklimat berkenaan 'Pengenalan Keselamatan : Toolbox Briefing' kepada ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) JBALB Sarawak bertempat di Loji Rawatan Air Basong, Mukah.
Turut hadir bersama dalam mempengerusikan taklimat tersebut adalah Encik Ir. Ts. Tie Tung Ing (Pengurus Kualiti).
Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli berkenaan kesedaran keselamatan dalam memastikan semua ahli majikan dan pekerja memahami risiko kerja dan langkah pencegahan yang perlu diambil sebelum mesyuarat atau kursus berkaitan KKP diadakan.
Setinggi penghargaan kepada Setiausaha Ahli JKKP, Encik Ng Kwang Yaw atas taklimat kesedaran yang telah disampaikan.
PENGARAH JBALB SARAWAK TURUN PADANG, PANTAU SITUASI BEKALAN AIR DI BETONG
Seusai Tuan Pengarah JBALB, Ts. Ahmad Selihin bin Che Said menghadiri lawatan kerja rasmi Projek Bekalan Air di Bahagian Sibu bersama YB Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak pada pagi tadi 5 Mei 2026 (Selasa), beliau meneruskan program ‘turun padang’ ke Bahagian Betong bagi memantau situasi pengoperasian kemudahan bekalan air di Kampung Gerigat.
Dalam lawatan tersebut, beliau bersama pasukan teknikal JBALB Bahagian Betong telah melaksanakan pemeriksaan terperinci terhadap sistem bekalan air bagi memastikan ia berfungsi dengan baik dan efisien.
Dalam lawatan ini, beliau turut beramah mesra bersama penduduk setempat serta maklum balas komuniti berkaitan perkhidmatan bekalan air di kawasan berkenaan.
JBALB Sarawak kekal komited memastikan perkhidmatan bekalan air yang cekap, responsif dan berterusan demi kesejahteraan rakyat.
PENGARAH JBALB SARAWAK SERTAI LAWATAN KERJA MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE PROJEK PENAIKTARAFAN LOJI RAWATAN AIR SALIM
Tuan Pengarah JBALB Sarawak, Ts. Ahmad Selihin bin Che Said serta rombongan hari ini, 5 Mei 2026 (Selasa) telah dijemput untuk menyertai lawatan kerja rasmi bersama YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak ke Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Air Salim, Bahagian Sibu.
Turut hadir bersama YB Menteri adalah YB Dato Sri Wong Soon Koh (ADUN N53 Bawang Assan), YBrs. Tuan Haji Abang Mohamad Porkan bin Haji Abang Budiman (Residen Bahagian Sibu), Puan Malseni binti Jamal (Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Water Sdn Bhd), Puan Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah JBALB - Khidmat Teknikal), ketua kaum/ketua masyarakat di kawasan tersebut, pegawai dan kakitangan Kementerian MUT, JBALB, dan Sarawak Water yang terlibat dalam program tersebut.
Projek berimpak tinggi ini dilaksanakan oleh Sarawak Water Sdn Bhd sebagai agensi pelaksana yang merangkumi pembinaan loji rawatan air baharu berkapasiti 150 Juta Liter Sehari (JLS), pembangunan kemudahan air mentah baharu, pemasangan paip baharu serta kerja-kerja menaiktaraf komponen sedia ada loji.
Apabila siap projek nanti, loji tersebut bakal meningkatkan kapasiti kepada 300 Juta Liter Sehari (JLS), sekali gus memperkukuh bekalan air terawat untuk penduduk di Sibu, Kanowit, Selangau, Maradong dan Rassau.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memastikan penyampaian perkhidmatan bekalan air yang lebih efisien, responsif dan mampan demi kesejahteraan rakyat.
Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak is a department under the purview of Ministry of Utility & Telecommunication Sarawak (formerly known as Ministry of Utilities and Ministry of Public Utilities). JBALB was enforced on 1 August 2015 and started to operate fully on 19 April 2016. JBALB Sarawak is entrusted with the responsibilities of taking over Jabatan Kerja Raya (JKR) in managing and improving water supply system especially in suburban and rural areas of Sarawak to resolve water supply issues in those areas.
The establishment of JBALB Sarawak as a new agency under the Sarawak Government is a significant move in achieving the department’s vision of full water supply coverage in rural areas of Sarawak by 2030 and the mission of the department is to supply safe reliable water supply to people living in rural areas of Sarawak. READ MORE
Pelan Induk Bekalan Air Sarawak dan Sistem Grid Air kini sedang giat dijalankan dalam usaha Kerajaan Sarawak membekalkan bekalan air terawat kepada seluruh penduduk wilayah ini.
Pelan Induk Bekalan Air Dan Grid Air Sarawak menggariskan perancangan yang holistik bagi meluaskan liputan serta keterjaminan bekalan air di Sarawak untuk jangka masa panjang.