YB ADUN KABONG TURUN PADANG PANTAU OPERASI BEKALAN AIR JBALB DI LICHOK
Posted on 08 Sep 2026
YB ADUN KABONG TURUN PADANG PANTAU OPERASI BEKALAN AIR JBALB DI LICHOK


Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak hari ini menerima kunjungan YB Dato Mohd Chee Kadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Kabong, yang berkesempatan mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Air Lichok, Bahagian Betong.
Lawatan ini turut menjadi platform bagi mendapatkan gambaran dan perkembangan terkini berkaitan status pengoperasian Loji Rawatan Air Lichok, khususnya dalam memastikan kelangsungan serta kestabilan bekalan air terawat kepada penduduk di kawasan Kabong dan sekitarnya.
Taklimat berkenaan status pengoperasian loji telah disampaikan oleh Encik Thomas Kho Swee Boon, Penolong Jurutera Air Bahagian Betong.
Sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap penyediaan bekalan air luar bandar, JBALB Sarawak akan terus memperkukuh kerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan perkhidmatan bekalan air yang berkualiti, berterusan dan mampan dapat dinikmati oleh masyarakat.
Rakan Jbalb Bahagian Betong
#lichok #lojirawatanairlichok #kabong #turunpadang #jbalbprihatin