INOVASI JBALB TERUS MENYINAR! “KAUL LABS” JUARA, “THE RIPPLES” TEMPAT KETIGA BERSEMPENA MINI KONVENSYEN INNOVATIVE CREATIVE CIRCLE PERINGKAT MUT 2026
21 Aug 2026 - 21 Aug 2026,
Imperial Hotel Kuching
Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak
INOVASI JBALB TERUS MENYINAR! “KAUL LABS” JUARA, “THE RIPPLES” TEMPAT KETIGA BERSEMPENA MINI KONVENSYEN INNOVATIVE CREATIVE CIRCLE PERINGKAT MUT 2026
Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kumpulan “Kaul Labs” dari JBALB Bahagian Mukah yang berjaya merangkul Tempat Pertama dalam Mini Konvensyen Innovative, Creative and Circle (ICC) Peringkat Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Tahun 2026. Dengan kemenangan ini, Kumpulan 'Kaul Labs' JBALB membawa pulang piala dan wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu Dua Ratus.
Tahniah turut dizahirkan kepada kumpulan “The Ripples” dari Ibu Pejabat JBALB yang berjaya meraih Tempat Ketiga dalam pertandingan tersebut dan membawa pulang piala serta wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Lapan Ratus.
Penyampaian anugerah ICC turut diadakan bersempena dengan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 yang telah berlangsung pada 21 Ogos 2026 (Jumaat) bertempat di Imperial Hotel Kuching. Penyampaian anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.
Turut hadir bersama dalam memeriahkan majlis penyampaian tersebut ialah Tuan Ir. Ts. Haji Tamida bin Haji Da'adi, Pemangku Pengarah JBALB Sarawak.
Pencapaian membanggakan ini membuktikan komitmen, kreativiti dan semangat inovasi warga JBALB dalam menghasilkan idea serta penyelesaian yang mampu memberi nilai tambah kepada organisasi dan rakyat.
Tahniah dan syabas kepada semua ahli kumpulan serta pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan ini! Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak inovasi berimpak tinggi demi memperkukuh kecemerlangan JBALB serta meningkatkan kesejahteraan rakyat Sarawak.
Teruskan mencipta, teruskan berinovasi!