RERUAI JBALB SARAWAK DEKATI KOMUNITI, PERKUKUH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN BEKALAN AIR BERSEMPENA PROGRAM SARAWAKKU SAYANG SARIKEI
07 Aug 2026 - 07 Aug 2026,
Kompleks Sukan Sarikei
Unit Perancang Ekonomi Sarawak EPU
RERUAI JBALB SARAWAK DEKATI KOMUNITI, PERKUKUH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN BEKALAN AIR BERSEMPENA PROGRAM SARAWAKKU SAYANG SARIKEI
Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak hari ini menjelajah sebagai pempamer yang keempat di Program Sarawakku Sayang 2026 Sarikei yang berlangsung selama 3 hari dari 7 hingga 9 Ogos 2026 bertempat di Kompleks Sukan Sarikei.
JBALB Sarikei juga telah menerima kunjungan daripada YBhg. Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak yang berkesempatan singgah ke reruai JBALB pada pagi tadi. Turut hadir bersama ialah Ts. Chieng Ghin Wei, Jurutera Air Bahagian Sarikei.
Sepanjang tiga hari program ini, pengunjung boleh mendapatkan pelbagai maklumat dan perkhidmatan berkaitan bekalan air, antaranya:
Perkhidmatan bekalan air JBALB
Saluran aduan dan pertanyaan mengikut bahagian.
Maklumat terkini projek pembangunan bekalan air di bawah seliaan JBALB Bahagian Sarikei.
Penyertaan dalam Kajian Kepuasan Pelanggan JBALB Sarawak.
Penyertaan JBALB Sarawak dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan untuk mendekati masyarakat, memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta mendapatkan maklum balas pelanggan secara langsung demi meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air kepada rakyat.
Warga Sarikei dan kawasan sekitarnya, kami menjemput anda untuk singgah ke reruai JBALB Sarawak! Jumpa kami di Kompleks Sukan Sarikei hujung minggu tok!
For more information, please visit
here