INTEGRITI TERAS KEMAKMURAN - JBALB SARAWAK HADIRI SAMBUTAN HARI INTEGRITI SARAWAK (HiS) 2026
12 Aug 2026 - 12 Aug 2026,
Borneo Convention Centre Kuching
Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak UNIONS
INTEGRITI TERAS KEMAKMURAN - JBALB SARAWAK HADIRI SAMBUTAN HARI INTEGRITI SARAWAK (HiS) 2026
Delegasi Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak telah menghadiri Sambutan Hari Integriti Sarawak (HiS) 2026 yang berlangsung pada 12 Ogos 2026 bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).
Delegasi yang dihadiri oleh Tuan Ir. Ts. Haji Tamida bin Haji Da’adi, Timbalan Pengarah (Pembangunan) yang mewakili Pengarah JBALB Sarawak, Cik Yvanessa Henry (Pegawai Integriti) serta wakil warga kerja daripada Ibu Pejabat JBALB serta JBALB Bahagian.
Mengangkat tema “Integriti Teras Kemakmuran Sarawak”, sambutan ini menjadi wadah dalam memperkukuh budaya integriti, amanah dan tadbir urus yang baik dalam kalangan warga perkhidmatan awam demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Majlis yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg Premier Sarawak , sambutan ini menghimpunkan pelbagai agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Sarawak dalam usaha memperkukuh budaya integriti, tadbir urus yang baik serta penyampaian perkhidmatan awam yang berakauntabiliti.
Penyertaan JBALB Sarawak dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memperkasa nilai integriti, ketelusan dan akauntabiliti sebagai asas penyampaian perkhidmatan bekalan air yang berkualiti demi kesejahteraan rakyat Sarawak.
#HiS2026 #hariintegritisarawak #delegasijbalb #jbalbsarawak
For more information, please visit
here