Event

 

RERUAI JBALB SARAWAK DI PROGRAM SARAWAKKU SAYANG SARIKEI MELABUHKAN TIRAI DENGAN SAMBUTAN AMAT MERIAH!

09 Aug 2026 - 09 Aug 2026, Kompleks Sukan Sarikei
Unit Perancang Ekonomi Sarawak EPU
RERUAI JBALB SARAWAK DI PROGRAM SARAWAKKU SAYANG SARIKEI MELABUHKAN TIRAI DENGAN SAMBUTAN AMAT MERIAH!

Pameran Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) bersempena Program Sarawakku Sayang 2026 Sarikei melabuhkan tirainya hari ini dengan suasana yang cukup meriah dan sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Sepanjang tiga hari berlangsung di Kompleks Sukan Sarikei bermula 7 hingga 9 Ogos 2026, reruai JBALB Sarawak terus menjadi antara tumpuan pengunjung yang hadir untuk mendapatkan informasi berkaitan perkhidmatan bekalan air luar bandar, inisiatif pembangunan serta usaha JBALB dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Dalam masa yang sama, inisiatif daripada JBALB Sarikei dalam menganjur kempen pembayaran bil JBALB Sarikei

Setiap kunjungan, pertanyaan dan maklum balas daripada masyarakat Sarikei amat bermakna buat kami.

Terima kasih warga Sarikei! Menutup tirainya di Sarikei dan bersambung jelajah seterusnya ke Program Sarawakku Sayang Mukah hujung bulan tok!

Rakan JBALB Bahagian Sarikei
For more information, please visit here