JBALB, MKN TINGKAT PENYELARASAN PROJEK SEMPADAN SARAWAK: PEMBEKALAN AIR TERAWAT DI KAMPUNG SAPIT
06 Aug 2026 - 06 Aug 2026,
Kampung Sapit Padawan
Majlis Keselamatan Negara
JBALB, MKN TINGKAT PENYELARASAN PROJEK SEMPADAN SARAWAK: PEMBEKALAN AIR TERAWAT DI KAMPUNG SAPIT
Delegasi daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak telah mengadakan lawatan kerja bagi Projek Sempadan Sarawak: Pembekalan Air Terawat di Kampung Sapit pada 6 Ogos 2026 (Khamis).
Lawatan tersebut diketuai oleh Encik Ezdwan Razak bin Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Keselamatan (BPK), MKN, dan turut disertai pegawai-pegawai daripada Ibu Pejabat JBALB Sarawak serta JBALB Bahagian Kuching.
Sepanjang lawatan, pihak JBALB telah menyampaikan taklimat di tapak mengenai cadangan projek yang meliputi skop pembangunan, status semasa, cabaran yang dikenal pasti serta pendekatan yang akan diambil bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lancar.
Lawatan teknikal ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama dan penyelarasan antara agensi, di samping mendapatkan maklum balas serta menyelaras keperluan teknikal bagi pelaksanaan projek.
Usaha ini mencerminkan komitmen JBALB Sarawak dalam merancang penyediaan sistem bekalan air terawat yang mampan dan berkesan bagi memenuhi keperluan komuniti luar bandar di kawasan sempadan negara.