MEMPERKASA WARGA JBALB MELALUI KURSUS INDUKSI JABATAN (KIJ) JBALB SARAWAK SIRI 1/2026
16 Aug 2026 - 21 Aug 2026,
Imperial Hotel Kuching
JBALB HQ
MEMPERKASA WARGA JBALB MELALUI KURSUS INDUKSI JABATAN (KIJ) JBALB SARAWAK SIRI 1/2026
Kursus Induksi Jabatan (KIJ) Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) Siri 1/2026 anjuran Cawangan Sokongan Pekerja, Ibu Pejabat JBALB telah berlangsung dengan jayanya selama lima hari, dari 16 hingga 20 Ogos 2026, bertempat di Imperial Hotel Kuching.
Kursus yang melibatkan seramai 60 orang kakitangan Ibu Pejabat dan JBALB Bahagian daripada pelbagai gred ini merupakan satu platform penting dalam memperkukuh kefahaman, jati diri serta profesionalisme warga kerja JBALB.
Antara fokus utama KIJ adalah memberikan pendedahan berkaitan Enam Nilai Bersama Perkhidmatan Awam Sarawak, fungsi dan peranan setiap cawangan di JBALB serta aspek etika dan integriti dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam.
Majlis Penutupan Kursus Induksi Jabatan (KIJ) Siri 1/2026 telah disempurnakan oleh Ts. Dianne Andrew Jo, Timbalan Pengarah (Pengurusan) yang mewakili Pemangku Pengarah JBALB Sarawak.
Turut hadir ialah Ts. Aaron Gorino, Timbalan Pengarah (Operasi); Ir. Ts. Kueh Li Li, Timbalan Pengarah (Khidmat Teknikal); serta Puan Nurul Azzah binti Zainal, Ketua Penolong Pengarah (Sokongan Pekerja).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada semua penceramah daripada ketua-ketua cawangan Ibu Pejabat JBALB, fasilitator serta urusetia atas perkongsian ilmu, komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Kursus Induksi Jabatan (KIJ) Siri 1/2026.
#kursusinduksijabatan #KIJ #induksi #kursusinduksi
For more information, please visit
here