INOVASI JBALB TERUS MENYINAR! “KAUL LABS” JUARA, “THE RIPPLES” TEMPAT KETIGA BERSEMPENA MINI KONVENSYEN INNOVATIVE CREATIVE CIRCLE PERINGKAT MUT 2026
Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kumpulan “Kaul Labs” dari JBALB Bahagian Mukah yang berjaya merangkul Tempat Pertama dalam Mini Konvensyen Innovative, Creative and Circle (ICC) Peringkat Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Tahun 2026. Dengan kemenangan ini, Kumpulan 'Kaul Labs' JBALB membawa pulang piala dan wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu Dua Ratus.
Tahniah turut dizahirkan kepada kumpulan “The Ripples” dari Ibu Pejabat JBALB yang berjaya meraih Tempat Ketiga dalam pertandingan tersebut dan membawa pulang piala serta wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Lapan Ratus.
Penyampaian anugerah ICC turut diadakan bersempena dengan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 yang telah berlangsung pada 21 Ogos 2026 (Jumaat) bertempat di Imperial Hotel Kuching. Penyampaian anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.
Turut hadir bersama dalam memeriahkan majlis penyampaian tersebut ialah Tuan Ir. Ts. Haji Tamida bin Haji Da'adi, Pemangku Pengarah JBALB Sarawak.
Pencapaian membanggakan ini membuktikan komitmen, kreativiti dan semangat inovasi warga JBALB dalam menghasilkan idea serta penyelesaian yang mampu memberi nilai tambah kepada organisasi dan rakyat.
Tahniah dan syabas kepada semua ahli kumpulan serta pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan ini! Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak inovasi berimpak tinggi demi memperkukuh kecemerlangan JBALB serta meningkatkan kesejahteraan rakyat Sarawak.
Teruskan mencipta, teruskan berinovasi!
MEMPERKASA WARGA JBALB MELALUI KURSUS INDUKSI JABATAN (KIJ) JBALB SARAWAK SIRI 1/2026
Kursus Induksi Jabatan (KIJ) Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) Siri 1/2026 anjuran Cawangan Sokongan Pekerja, Ibu Pejabat JBALB telah berlangsung dengan jayanya selama lima hari, dari 16 hingga 20 Ogos 2026, bertempat di Imperial Hotel Kuching.
Kursus yang melibatkan seramai 60 orang kakitangan Ibu Pejabat dan JBALB Bahagian daripada pelbagai gred ini merupakan satu platform penting dalam memperkukuh kefahaman, jati diri serta profesionalisme warga kerja JBALB.
Antara fokus utama KIJ adalah memberikan pendedahan berkaitan Enam Nilai Bersama Perkhidmatan Awam Sarawak, fungsi dan peranan setiap cawangan di JBALB serta aspek etika dan integriti dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam.
Majlis Penutupan Kursus Induksi Jabatan (KIJ) Siri 1/2026 telah disempurnakan oleh Ts. Dianne Andrew Jo, Timbalan Pengarah (Pengurusan) yang mewakili Pemangku Pengarah JBALB Sarawak.
Turut hadir ialah Ts. Aaron Gorino, Timbalan Pengarah (Operasi); Ir. Ts. Kueh Li Li, Timbalan Pengarah (Khidmat Teknikal); serta Puan Nurul Azzah binti Zainal, Ketua Penolong Pengarah (Sokongan Pekerja).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada semua penceramah daripada ketua-ketua cawangan Ibu Pejabat JBALB, fasilitator serta urusetia atas perkongsian ilmu, komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Kursus Induksi Jabatan (KIJ) Siri 1/2026.
KESELAMATAN DIUTAMAKAN, NYAWA DILINDUNGI - PENYERTAAN JBALB DALAM MODUL KEPENTINGAN NYAMA & PERTOLONGAN CEMAS
Ilmu pertolongan cemas bukan sekadar satu kemahiran, malah merupakan pengetahuan penting yang mampu menjadi penentu dalam menghadapi situasi kecemasan.
Taklimat Modul Kepentingan Nyawa & Pertolongan Cemas anjuran Cawangan Pematuhan, Ibu Pejabat JBALB Sarawak telah diadakan pada 20 Ogos 2026 bertempat di Ibu Pejabat JBALB Sarawak.
Program ini turut disertai oleh warga kerja JBALB Sarawak dengan memberi pendedahan mengenai kepentingan bertindak pantas, tepat dan berhemah apabila berdepan situasi yang memerlukan bantuan kecemasan, di samping meningkatkan kesedaran terhadap aspek kesiapsiagaan menghadapi kecemasan ('Emergency Awareness').
Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Encik Mohammad Farid Ariffin selaku Jurulatih Sekretariat Kelab Perwira Sarawak
Setiap saat amat bermakna. Dengan ilmu, kesedaran dan kesiapsiagaan yang betul, kita mampu memberikan bantuan awal yang sewajarnya serta berpotensi membantu menyelamatkan nyawa sebelum bantuan perubatan tiba.
Jadikan keselamatan sebagai budaya, pertolongan cemas sebagai kemahiran dan nyawa sebagai keutamaan.
Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak is a department under the purview of Ministry of Utility & Telecommunication Sarawak (formerly known as Ministry of Utilities and Ministry of Public Utilities). JBALB was enforced on 1 August 2015 and started to operate fully on 19 April 2016. JBALB Sarawak is entrusted with the responsibilities of taking over Jabatan Kerja Raya (JKR) in managing and improving water supply system especially in suburban and rural areas of Sarawak to resolve water supply issues in those areas.
The establishment of JBALB Sarawak as a new agency under the Sarawak Government is a significant move in achieving the department’s vision of full water supply coverage in rural areas of Sarawak by 2030 and the mission of the department is to supply safe reliable water supply to people living in rural areas of Sarawak. READ MORE
Pelan Induk Bekalan Air Sarawak dan Sistem Grid Air kini sedang giat dijalankan dalam usaha Kerajaan Sarawak membekalkan bekalan air terawat kepada seluruh penduduk wilayah ini.
Pelan Induk Bekalan Air Dan Grid Air Sarawak menggariskan perancangan yang holistik bagi meluaskan liputan serta keterjaminan bekalan air di Sarawak untuk jangka masa panjang.