JBALB SARAWAK TURUT SERTAI MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PENCEGAHAN VANDALISME TERHADAP KEMUDAHAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI 2026
28 Oct 2026 - 28 Oct 2026,
UiTM Cawangan Sarawak Samarahan
Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak
JBALB SARAWAK TURUT SERTAI MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PENCEGAHAN VANDALISME TERHADAP KEMUDAHAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI 2026
Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak terus memperkukuh komitmen dalam usaha membanteras vandalisme menerusi penyertaan dalam Majlis Pelancaran Program Pencegahan Vandalisme terhadap Kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi 2026 yang berlangsung hari ini 28 Oktober 2026 (Rabu) di UiTM Cawangan Sarawak, Samarahan.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, dengan kehadiran wakil kementerian, agensi-agensi utiliti, warga UiTM serta pelajar sekolah menengah sekitar Samarahan.
Program yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak bersama rakan agensi, JBALB Sarawak, Sarawak Water Sdn Bhd, Sarawak Energy Berhad, Sarawak Multimedia Authority, PETROS, MCMC, SDEC, TM ini bertujuan memberi pendedahan serta kesedaran kepada para pelajar berkenaan bahayanya melakukan aktiviti vandalism.
Sebagai pengisian program, Tuan Ir. Ts. Haji Tamida bin Haji Da'adi, Pemangku Pengarah JBALB Sarawak, telah menyampaikan taklimat bertajuk “Pencegahan Vandalisme: Bekalan Air” bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan melindungi infrastruktur bekalan air daripada perbuatan vandalisme yang boleh menjejaskan operasi dan kesinambungan perkhidmatan kepada masyarakat.
Turut hadir bersama Pemangku Pengarah JBALB adalah Ir. Ts. Dianne Andrew Jo, Timbalan Pengarah (Pengurusan), serta wakil kakitangan daripada Ibu Pejabat JBALB dan JBALB Bahagian Samarahan.
JBALB Sarawak menyeru semua pihak agar bersama-sama memupuk budaya bertanggungjawab dalam menjaga kemudahan awam demi memastikan perkhidmatan bekalan air yang selamat, bersih dan berterusan dapat dinikmati oleh seluruh masyarakat.
#HentikanVandalisme #JBALBVandalisme #StopVandalism #JBALB #UiTM #ProgramPencegahanVandalismeTerhadapKemudahanUtilitidanTelekomunikasi
For more information, please visit
here