PENGANJURAN JBALB SARAWAK DALAM PROGRAM DERMA SEJAHTERA DAN MISI SIHAT
13 Oct 2026 - 13 Oct 2026,
Imperial Hotel Kuching
JBALB HQ
PENGANJURAN JBALB SARAWAK DALAM PROGRAM DERMA SEJAHTERA DAN MISI SIHAT
Program Derma Sejahtera dan Misi Sihat: Langkah Kecil, Seribu Makna anjuran Cawangan Sokongan Pekerja Ibu Pejabat JBALB telah diadakan pada 13 Oktober 2026 (Selasa) bertempat di Imperial Hotel, Kuching. Program ini buat julung kali diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Psikologi dan Kaunseling yang diadakan pada bulan Oktober setiap tahun.
Program Derma Sejahtera telah diadakan pada sebelah pagi yang merangkumi aktiviti derma darah dan pemeriksaan kesihatan untuk kakitangan JBALB serta orang awam. Program ini dilaksanakan dengan jayanya bersama pihak Borneo Medical Centre, Kuching.
Program Misi Sihat: Langkah Kecil, Seribu Makna yang melibatkan 70 orang warga JBALB telah diadakan pada sebelah petang. Program ini menampilkan Encik Kevin Zahri, Cikgu Fitness Malaysia, bertujuan untuk mendedahkan mengenai gaya hidup sihat dan cergas melalui pemakanan yang seimbang serta pelbagai jenis senaman.
Pihak Jabatan berharap agar program ini dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga JBALB mengenai kepentingan gaya hidup sihat bagi memastikan warga JBALB sejahtera dari aspek fizikal dan mental, seterusnya dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
#programdermasejahtera #misisihat #JBALBsihat #programderm
For more information, please visit
here