"ACUTE SYSTEM" PERKUKUH BEKALAN AIR DI RANTAU PANJANG SIBU
03 Nov 2026 - 03 Nov 2026,
Acute System Rantau Panjang
Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, JBALB Sibu
"ACUTE SYSTEM" PERKUKUH BEKALAN AIR DI RANTAU PANJANG SIBU
YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak telah menyempurnakan satu Majlis Perasmian 'Acute System' Rantau Panjang, Bahagian Sibu yang berlangsung pada pagi tadi, 3 November 2026 bertempat di Tapak Acute System Rantau Panjang.
Majlis yang dihadiri bersama YBhg. Dato Sri Wong Soon Koh; YBhg. Datu Haji Jafri bin Lias, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; YBhg. Encik Chieng Jin Ek; YBrs. Ir. Ts. Haji Tamida bin Haji Da'adi, Pemangku Pengarah JBALB Sarawak; YBrs. Puan Malseni binti Jamal, Ketua Pegawai Eksekutif Sdn Bhd.; ketua-ketua kaum; ketua-ketua masyarakat serta pegawai daripada kementerian, agensi.
Majlis dimulakan dengan taklimat projek yang telah disampaikan oleh Tuan Pemangku Pengarah JBALB dan seterusnya ucapan perasmian oleh YB Menteri. Seterusnya, YB Menteri serta rombongan telah dibawa untuk merasmikan secara rasmi 'Acute System' tersebut dan seterusnya dibawa untuk meninjau di sekitar tapak 'Acute System'.
Turut hadir bersama Pemangku Pengarah JBALB adalah Ir. Ts. Kueh Li Li, Timbalan Pengarah (Khidmat Teknikal); Ts. Aaron Gorino, Timbalan Pengarah (Operasi); Ir. Ts. Chhoa Chia Yee, Ketua Penolong Pengarah (Pengeluaran); dan Cik Joanna anak Ali, Jurutera Air Bahagian Sibu.
Projek pembinaan ‘Acute System’ di Rantau Panjang bernilai sekitar RM5 Juta kini telah berada fasa pengoperasian, sebagai usaha berterusan untuk menambah baik sistem bekalan air sedia ada kepada penduduk di Rantau Panjang dan kawasan sekitar serta membantu menyelesaikan isu gangguan bekalan yang sebelum ini dihadapi oleh pengguna.
Projek yang mula dilaksanakan pada bulan Mac 2026 dan telah siap sepenuhnya pada bulan Oktober 2026, dirancang secara teliti oleh Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, dengan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak bertindak sebagai agensi pelaksana.
Dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak, skop projek ini merangkumi pembinaan sebuah loji rawatan air baharu berkapasiti lima (5) Juta Liter Sehari (JLH), pembinaan muka sauk air mentah serta pemasangan saluran paip baharu yang disambungkan kepada sistem agihan sedia ada.
Dalam usaha memastikan kualiti perkhidmatan yang lebih baik dan berterusan, JBALB Sarawak komited untuk memastikan semua projek – projek yang kini dalam peringkat pelaksanaan disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
For more information, please visit
here