Event

 

PEMANGKU PENGARAH JBALB SARAWAK HADIRI SESI PENGGULUNGAN YB MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK SEMPENA PERSIDANGAN DUN SARAWAK KE-19

19 Oct 2026 - 19 Oct 2026, Dewan Undangan Negeri Sarawak
Dewan Undangan Negeri Sarawak
PEMANGKU PENGARAH JBALB SARAWAK HADIRI SESI PENGGULUNGAN YB MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK SEMPENA PERSIDANGAN DUN SARAWAK KE-19

Tuan Ir. Ts. Haji Tamida bin Haji Da’adi, Pemangku Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak bersama barisan pengurusan tertinggi jabatan telah menghadiri Sesi Penggulungan oleh YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, bersempena Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19.

Persidangan yang berlangsung selama lapan hari bermula 12 hingga 21 Oktober 2026 ini menjadi platform penting dalam membincangkan dasar, pencapaian serta hala tuju pembangunan Sarawak, termasuk usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan utiliti kepada rakyat.

Turut hadir bersama ialah Ir. Ts. Dianne Andrew Jo, Timbalan Pengarah (Pengurusan); Ir. Ts. Kueh Li Li, Timbalan Pengarah (Khidmat Teknikal), serta pegawai-pegawai kanan JBALB Sarawak.
Kehadiran ini mencerminkan komitmen berterusan JBALB Sarawak dalam mendukung aspirasi Kerajaan Sarawak ke arah penyediaan bekalan air yang mampan, selamat dan boleh dipercayai, khususnya bagi masyarakat luar bandar.

#persidanganDUN #JBALBDUN #JBALB #DUNSarawak
For more information, please visit here