PEMANGKU PENGARAH JBALB SARAWAK HADIRI PERASMIAN SARAWAKKU SAYANG 2026 SRI AMAN
31 Oct 2026 - 31 Oct 2026,
Kompleks Sukan Sri Aman
Unit Perancang Ekonomi Sarawak EPU
PEMANGKU PENGARAH JBALB SARAWAK HADIRI PERASMIAN SARAWAKKU SAYANG 2026 SRI AMAN
Tuan Ir. Ts. Haji Tamida bin Haji Da'adi, Pemangku Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak hari ini telah menghadiri Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Sri Aman.
Majlis perasmian yang merupakan hari kedua program SKS berlangsung di Kompleks Sukan Sri Aman telah disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.
Turut hadir bersama Pemangku Pengarah JBALB adalah YBhg. Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak), YBhg. Datu Haji Jafri bin Lias (Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak), Ts. Aaron Gorino (Timbalan Pengarah - Operasi), dan Encik Amirul Abidurrahman Jauzi bin Suhaili (Jurutera Air Bahagian Sri Aman), serta pegawai dan kakitangan JBALB.
Sebelum majlis perasmian , Tuan Pemangku Pengarah bersama rombongan berkesempatan untuk berkunjung ke pameran JBALB bagi meninjau pelaksanaan aktiviti pameran serta mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan dan inisiatif yang diketengahkan oleh JBALB Sri Aman kepada para pengunjung.
Penyertaan JBALB dalam Program Sarawakku Sayang 2026 merupakan antara usaha berterusan jabatan untuk mendekati rakyat, memperkukuh penyampaian maklumat serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkhidmatan dan pembangunan infrastruktur bekalan air luar bandar di Sarawak.
#JBALBSKS #JBALBSarawakkuSayang #SKSSriAman #JBALBSriAman #SarawakkuSayangSriAman