PENYERTAAN JBALB SARAWAK DALAM OPERASI PEMBENIHAN AWAN (OPA)
08 Oct 2026 - 08 Oct 2026,
TUDM
TUDM
PENYERTAAN JBALB SARAWAK DALAM OPERASI PEMBENIHAN AWAN (OPA)
Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak hari ini turut terlibat dalam Operasi Pembenihan Awan (OPA) Siri 4 Sarawak bertempat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuching.
Operasi yang berlangsung bermula 7 hingga 10 Oktober 2026, ini merupakan Siri yang ke-4 Sarawak antara usaha bagi membantu meningkatkan potensi hujan di kawasan yang terjejas akibat cuaca kering dan kemarau, sekali gus menyokong usaha memastikan kelangsungan bekalan air kepada masyarakat.
Penglibatan pegawai JBALB Sarawak dalam operasi ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan serta kerjasama strategik antara agensi dalam menghadapi cabaran sumber air, khususnya di kawasan luar bandar Sarawak.
For more information, please visit
here