JBALB SARAWAK DAN UNIVERSITI CURTIN MIRI TEROKA PELUANG KOLABORASI
JBALB SARAWAK DAN UNIVERSITI CURTIN MIRI TEROKA PELUANG KOLABORASI
Satu sesi libat urus dan perjumpaan telah diadakan di antara pihak JBALB Sarawak dan Universiti Curtin bertempat di Pejabat JBALB Bahagian Miri pada pagi tadi, 17 Julai 2025 (Khamis)
Sesi ini telah dipengeruikan oleh Puan Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah - Khidmat Teknikal) yang mewakili Pengarah JBALB Sarawak, yang turut dihadiri oleh Puan Ts. Dianne Andrew Jo (Ketua Penolong Pengarah - Perancangan Korporat), Encik Awang Fardillah Awang Hussin (Ketua Penolong Pengarah - Komunikasi Korporat), Encik Lau Jing Teck (Jurutera Air Bahagian JBALB Miri), serta pegawai dan kakitangan daripada JBALB Bahagian Miri.
Manakala pihak Universiti Curtin diwakili oleh Assoc. Prof. Ir. Dr. Lim Chye Ing, Associate Dean, External Engagement, Faculty of Engineering and Science serta pegawai-pegawainya.
Antara intipati dalam perjumpaan tersebut adalah berkenaan keterlibatan JBALB Sarawak dalam Program 'Miri Water Forum' yang akan diadakan pada 23 Ogos 2025 nanti. Selain itu, perbincangan juga menjurus kepada potensi kerjasama yang boleh dilakukan oleh kedua-dua pihak dalam bidang penyelidikan, pendidikan serta program kemasyarakatan.