LAWATAN KERJA MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE PROJEK BEKALAN AIR SEMATAN, BAHAGIAN KUCHING
LAWATAN KERJA MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE PROJEK BEKALAN AIR SEMATAN, BAHAGIAN KUCHING
Pada pagi tadi, 10 Julai 2025 (Khamis), YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak telah melakukan lawatan kerja ke Projek Bekalan Air Sematan, Bahagian Kuching bertempat di Loji Rawatan Air Sematan.
Beliau turut diiringi oleh Tuan Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan (Pengarah JBALB Sarawak) dan Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi).
Turut hadir bersama YB Menteri dalam lawatan tersebut adalah YBrs. Datu Jafri bin Lias (Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak), YB Encik Azizul Annuar bin Adenan (ADUN N3 Tanjung Datu), YB Encik Billy Sujang (ADUN N1 Opar), Pegawai Daerah Lundu, Encik Anwar Fakhriyuddin Bin Matamit
(wakil Pegawai Pejabat Residen Kuching)
Sesi taklimat berkenaan status Projek Bekalan Air Sematan telah disampaikan oleh Encik Ir. Ts. Awang Muhamad Ayahtullah Awang Najeri, selaku Jurutera Air Bahagian JBALB Kuching.
Pelaksanaan projek ini menunjukkan keprihatinan dan komitmen Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti & Telekomunikasi (MUT) Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak telah diamanahkan sebagai agensi pelaksana dalam usaha untuk memastikan pembangunan infrastruktur dan liputan bekalan air di Daerah Lundu dan Daerah Kecil Sematan diperluaskan sekaligus menjamin sistem bekalan air yang mampan sejajar dengan permintaan bekalan air yang semakin meningkat di kawasan-kawasan berkenaan.
Pelaksanaan projek bekalan air bernilai sekitar RM472 Juta yang merangkumi:
1.Projek Rakyat: 6 projek bernilai sekitar RM25 Juta telah siap dilaksanakan;
2.Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12): 2 projek bernilai sekitar RM280 telah ditender dan pelaksanaan dijangka pada bulan September 2025;
3.Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW): 1 projek bernilai sekitar RM129 Juta kini dalam peringkat penyediaan tender;
4.Rural Transformation Projects- RTP (2016-2025): 26 projek telah siap dilaksanakan, 1 projek dalam peringkat pelaksanaan dan 7 projek dalam peringkat perancangan bernilai RM9 Juta;
5.Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA): 2 projek telah siap dilaksanakan, 7 projek dalam peringkat pelaksanaan dan 21 projek dalam peringkat perancangan bernilai RM29 Juta
Skop projek-projek ini melibatkan pembinaan loji rawatan air baharu, pembinaan tangki aras tinggi, pembinaan stesen pam penggalak, pembinaan muka sauk, penggantian saluran paip lama dan uzur, pemasangan saluran paip baharu, serta kerja-kerja berkaitan.
JBALB Sarawak akan mengembleng tenaga dengan semua pihak untuk memastikan projek – projek yang kini dalam peringkat pelaksanaan dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan sekaligus mencapai liputan penuh dan menjamin bekalan air yang mampan, berkualiti dan berterusan di Daerah Lundu dan Daerah Kecil Sematan menjelang tahun 2028.