BENGKEL PEMURNIAN MAKLUMAT BEKALAN AIR JBALB SARAWAK SIRI 2 2025
BENGKEL PEMURNIAN MAKLUMAT BEKALAN AIR JBALB SARAWAK SIRI 2 2025
Cawangan Aset Ibu Pejabat JBALB Sarawak telah menganjur satu bengkel berkenaan Pemurnian Maklumat Bekalan Air JBALB Sarawak Siri 2/2025 selama 3 hari bermula 8 hingga 10 Julai 2025 bertempat di Hilton Hotel, Kuching.
Bengkel tersebut turut dihadiri oleh warga kakitangan daripada Ibu Pejabat JBALB dan JBALB Bahagian.
Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi) turut berkesempatan untuk hadir bersama dalam bengkel pada pagi tadi.
Bengkel pemurnian ini adalah amat penting bagi memberi pendedahan kepada warga kerja JBALB dalam membuat semakan dan pengesahan maklumat bekalan air yang telah dikemukakan oleh pejabat JBALB Bahagian. Seterusnya, mendapatkan maklumat bekalan air terkini setakat Jun 2025, dan memastikan maklumat bekalan air yang dikemukakan adalah seragam dan tiada pertindihan.