SESI LIBAT URUS JBALB BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT DAERAH MARUDI, BAHAGIAN MIRI
SESI LIBAT URUS JBALB BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT DAERAH MARUDI, BAHAGIAN MIRI
Pada petang tadi, 22 Mei 2025 (Khamis) satu sesi libat urus telah diadakan bersama Pemimpin Masyarakat di Daerah Marudi yang diketuai oleh Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi) yang turut mewakili Pengarah JBALB Sarawak.
Sepanjang sesi libat urus tersebut, beliau telah menjelaskan beberapa perkara penting berkenaan isu bekalan air yang dihadapi oleh penduduk di kawasan berkenaan.
Turut hadir bersama adalah Encik Reagen Edwin (Pegawai Daerah daripada Pejabat Daerah Marudi), Encik Lau Jing Teck (Jurutera Air Bahagian JBALB Miri), dan Encik Awang Fardillah Awang Hussin (Ketua Penolong Pengarah - Komunikasi Korporat), serta ketua kaum/pemimpin masyarakat di kawasan tersebut.
Sesi libat urus ini merupakan satu inisiatif yang amat baik bagi kedua-dua belah pihak mendapat gambaran sebenar keadaan yang berlaku serta tindakan yang diambil oleh pihak JBALB.
JBALB Sarawak sentiasa komited untuk memastikan rakyat Sarawak menikmati bekalan air bersih dan selamat sekaligus menyelesaikan segala kemelut dan isu bekalan air terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak.