LAWATAN RASMI YAB PREMIER SARAWAK KE LOJI RAWATAN AIR BAYONG, BAHAGIAN SARIKEI
LAWATAN RASMI YAB PREMIER SARAWAK KE LOJI RAWATAN AIR BAYONG, BAHAGIAN SARIKEI
Pihak JBALB Sarawak berbesar hati menerima kunjungan lawatan rasmi YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak ke Loji Rawatan Air Bayong, Bahagian Sarikei pada petang tadi, 14 Mei 2025 (Rabu).
Ketibaan beliau disambut oleh YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi (Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak), dan Tuan Pengarah JBALB Sarawak, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan.
Turut hadir bersama YAB Premier Sarawak adalah YB Dato Sri Huang Tiong Sii (Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia dan Ahli Parlimen Sarikei), YB Datuk Haji Len Talif Salleh (Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar dan ADUN N41 Kuala Rajang), YB Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki (Setiausaha Kerajaan Sarawak), YB Dato Ding Kuong Hiing (ADUN N46 Meradong), YB Tuan Haji Safiee bin Haji Ahmad (ADUN N.43 Daro), YBhg. Datu Jafri bin Lias (Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak), serta dif-dif kehormat yang hadir dalam lawatan rasmi.
Lawatan ini bertujuan bagi meninjau perkembangan terkini berkenaan status projek menaiktaraf Loji Rawatan Air Bayong Fasa 2B yang telah siap dilaksanakan. Taklimat ringkas mengenai projek tersebut telah disampaikan oleh Tuan Pengarah JBALB kepada YAB Premier dan seterusnya meninjau di sekitar kawasan loji tersebut.
Pelaksanaan projek menaiktaraf Loji Rawatan Air Bayong Fasa 2 yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak adalah antara projek yang berimpak tinggi dengan berkapasiti daripada tujuh puluh (70) Juta Liter Sehari (JLH) kepada seratus (100) Juta Liter Sehari (JLH) dengan nilai projek sebanyak RM68.4 Juta akan memberi manfaat dalam memperkukuh sistem bekalan air di Sarikei dan kawasan sekitarnya.