Lawatan Kerja Unimas Water Centre (UWC) ke JBALB Sarawak
Sekitar kunjungan dan lawatan kerja daripada pihak UNIMAS Water Centre (UWC) yang diketuai oleh YBhg. Dr. Rosmina Ahmad Bustami, Pengarah UNIMAS Water Centre ke JBALB Command Centre, Ibu Pejabat JBALB Sarawak pada pagi 27 September 2022 tadi. Encik Ahmad Selihin Bin Che Said, Timbalan Pengarah (Operasi) telah memberikan taklimat berkenaan perkembangan terkini serta sistem keseluruhan operasi bekalan air JBALB Sarawak kepada rombongan pihak UNIMAS Water Centre.