News

 

KERAJAAN KOMITED MEMASTIKAN PROJEK RAKYAT DILAKSANA DENGAN BAIK

Posted on 29 Apr 2025
Source of News: RTM

KERAJAAN KOMITED MEMASTIKAN PROJEK RAKYAT DILAKSANA DENGAN BAIK

Kuching, 29 April - Kerajaan komited memastikan semua projek yang bermanfaat untuk rakyat dilaksanakan dengan ketelusan penuh, tatakelola yang baik, dan pemantauan rapi.

Ahli Parlimen Betong merangkap ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Dato Dr Richard Rapu berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat dan Lawatan Verifikasi serta Pembuktian Dokumen berkaitan Prosiding Parlimen DR.3/2025 berhubung Pengurusan Projek Bekalan Air Luar Bandar Sarawak bertempat di Ibupejabat Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak.

Ia juga merupakan sebahagian daripada tugas beliau sebagai ahli PAC.

Dalam satu perkongsian di facebook beliau hari ini, Dr Richard memberitahu taklimat ini tertumpu kepada Projek bekalan air yang telah siap dilaksanakan, Projek yang sedang berjalan, serta Cadangan projek pada masa hadapan.

Taklimat berkenaan perkara tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak, Ir. Ts. Awang Mohammad Fadillah bin Awang Redzuan bersama pasukan beliau.

Ini bagi memastikan rakyat terus menerima perkhidmatan bekalan air yang lebih baik dan berkualiti.

Selain itu, antara lain yang turut dibentangkan adalah Sarawak Water Supply Master Plan and Water Grid,
Water Demand Forecast, dan lain-lain perkara penting.