Event

 

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SAINS PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK TRANSFORMASI DIGITAL JBALB SARAWAK

09 Oct 2026 - 09 Oct 2026, JBALB Command Centre
SAINS
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SAINS PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK TRANSFORMASI DIGITAL JBALB SARAWAK

SAINS


Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Haji Busiai bin Seman Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS) kepada Tuan Ir. Ts. Haji Tamida bin Da’adi, Pemangku Pengarah JBALB Sarawak, bertempat di JBALB Command Centre.

Kunjungan ini menjadi platform perbincangan strategik mengenai hala tuju transformasi digital JBALB, khususnya dalam pembangunan 'Digital Twin', penerapan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI) serta pemerkasaan Pengurusan Projek (Project Management).

Turut hadir bersama dalam sesi kunjungan hormat tersebut adalah Ts. Aaron Gorino, Timbalan Pengarah (Operasi) JBALB Sarawak; Ir. Ts. Anwarul Adzizi bin Adeni, Ketua Penolong Pengarah (Trasnformasi Digital); serta pegawai dan kakitangan JBALB dan SAINS.

Perbincangan turut memberi penekanan kepada potensi penggunaan teknologi digital dan analitik pintar bagi meningkatkan kecekapan operasi, menyokong pembuatan keputusan berasaskan data serta memperkukuh pengurusan infrastruktur bekalan air luar bandar di Sarawak.

JBALB menghargai kerjasama strategik yang terjalin bersama SAINS dalam usaha memperkasa agenda digitalization jabatan ke arah penyampaian perkhidmatan bekalan air yang lebih cekap, mampan dan berdaya tahan.

@sains_my

#JBALBSarawak #SAINS #SarawakInformationSystems #JBALBDigital #DigitalTwin #ArtificialIntelligence #DigitalTransformation #ProjectManagement #SarawakMajuMakmur
For more information, please visit here