Event

 

PAMERAN JBALB SARAWAK TERUS MENJADI TUMPUAN, TERIMA KUNJUNGAN YB MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK DI PROGRAM SARAWAKKU SAYANG MUKAH

03 Oct 2026 - 03 Oct 2026, Dataran Pehin Setia Raja, Mukah
Unit Perancang Ekonomi Sarawak EPU
PAMERAN JBALB SARAWAK TERUS MENJADI TUMPUAN, TERIMA KUNJUNGAN YB MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK DI PROGRAM SARAWAKKU SAYANG MUKAH

Pameran JBALB terus menjadi tumpuan bersempena hari kedua Program Sarawakku Sayang Mukah pada 3 Oktober 2026 yang lalu apabila menerima kunjungan daripada YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.

Dalam kunjungan tersebut, YB Menteri meluangkan masa meninjau pameran serta mendapatkan penerangan mengenai perkembangan semasa perkhidmatan dan inisiatif JBALB, khususnya berkaitan sistem bekalan air di Bahagian Mukah.

Turut mengiringi YB Menteri adalah Ts. Aaron Gorino, Timbalan Pengarah (Operasi); Ir. Abang Ismail Abang Selim, Jurutera Air Bahagian Mukah; Encik Mickly Irai dan Encik Frezzal Faisal selaku Penolong Jurutera Air Bahagian Mukah.

#JBALBMukah #SarawakkuSayangMukah #JBALBSKS #JBALBSarawakkuSayang #SKSMukah
For more information, please visit here