PROJEK LOJI RAWATAN AIR BASONG FASA 3 BERNILAI RM243.98 JUTA MENDAHULUI JADUAL, PERKUKUH BEKALAN AIR DI MUKAH
02 Oct 2026 - 02 Oct 2026,
Loji Rawatan Air Basong, Mukah
Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak
PROJEK LOJI RAWATAN AIR BASONG FASA 3 BERNILAI RM243.98 JUTA MENDAHULUI JADUAL, PERKUKUH BEKALAN AIR DI MUKAH
YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak telah mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Air Basong, Mukah pada hari ini 2 Oktober 2026 (Jumaat).
Dalam lawatan tersebut, YB Menteri telah diberikan taklimat mengenai status dan perkembangan terkini projek oleh Ir. Abang Ismail Abang Selim selaku Jurutera Air Bahagian Mukah, sebelum dibawa meninjau kawasan tapak pembinaan.
Turut hadir bersama YB Menteri dalam lawatan tersebut adalah YB Encik Royston Valentine, ADUN N.57 Tellian; Tuan Haji Syed Mohamad Fauzi Shahab, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Ts. Aaron Gorino, Timbalan Pengarah (Operasi) JBALB; Ir. Ts. Robert Heng Wei Kiong, Ketua Penolong Pengarah (Perancangan Korporat) JBALB; wakil ketua kaum dan ketua masyarakat, wakil pegawai dan kakitangan daripada kementerian dan agensi.
Pelaksanaan Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Basong Fasa 3 bernilai sekitar RM243.98 Juta yang telah dilaksanakan pada bulan September 2025 kini sedang menunjukkan kemajuan pembinaan yang positif. Projek yang dijangka siap sepenuhnya pada bulan September 2028 telah dirancang dengan teliti oleh Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak manakala Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak sebagai agensi pelaksana ini dilaksanakan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat, serta memenuhi permintaan bekalan air di Bahagian Mukah dan kawasan sekitarnya.
Projek ini melibatkan pembinaan sebuah loji rawatan air baharu berkapasiti 60 Juta Liter Sehari. Selain itu, pemasangan saluran paip air mentah sepanjang 18-kilometer berdiameter 1,000mm. Pembinaan loji rawatan air baharu ini amat signifikan di mana ia dijangka meningkatkan kapasiti keseluruhan sistem bekalan air Mukah dan kawasan sekitar, sekali gus membantu menyelesaikan isu bekalan air yang sekian lama dihadapi di kawasan berkenaan.
#LojiRawatanAirBasong #JBALB #JBALBMukah #JBALBBasong #LojiRawatanAirJBALB
3d
For more information, please visit
here