'ACUTE SYSTEM' DI SEBANGAN TELAH BEROPERASI SEPENUHNYA
30 Sep 2026 - 30 Sep 2026,
Acute System Sebangan Samarahan
Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak
'ACUTE SYSTEM' DI SEBANGAN TELAH BEROPERASI SEPENUHNYA
YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, telah menyempurnakan Majlis Perasmian Acute System Sebangan, Bahagian Samarahan yang berlangsung pada 30 September 2026 bertempat di Loji Rawatan Air Sebangan.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Encik Rais bin Ahmat, Timbalan Residen Samarahan; Encik Ayuradiman bin Bujang, Pegawai Daerah Sebuyau; Ts. Aaron Gorino, Timbalan Pengarah (Operasi) JBALB Sarawak; Ts. Adzahari bin Baini, Jurutera Air Bahagian Samarahan; wakil pemanca, ketua kaum, ketua masyarakat, serta pegawai dan kakitangan daripada kementerian dan agensi.
Seusai majlis perasmian tersebut, YB Menteri serta rombongan telah dibawa untuk meninjau di sekitar kawasan 'Acute System' tersebut.
Pelaksanaan projek pembinaan ’Acute System’ Sebangan, bernilai RM12 Juta yang mula dilaksanakan pada bulan November 2025 dan telah siap sepenuhnya pada 24 Julai 2026 telah dirancang dengan teliti oleh Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak manakala Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak sebagai agensi pelaksana bagi menambahbaik sistem bekalan air sedia ada serta menampung permintaan bekalan air yang semakin meningkat di Sebangan dan kawasan sekitarnya.
Projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak ini melibatkan pembinaan loji rawatan air baharu berkapasiti lima (5) Juta Liter Sehari dan pemasangan saluran paip baharu sepanjang 11 km ke sistem tangki dan paip agihan sedia ada bermula dari ’Loji Acute’ hingga ke Tangki Aras Tinggi Sebangan. Ia telah memberi manfaat besar kepada 1254 buah rumah penduduk di Sebangan dan kawasan sekitar, sekali gus membantu menyelesaikan isu bekalan air di kawasan berkenaan dan mendapat bekalan air yang stabil.
Rakan JBALB Bahagian Samarahan
#AcuteSystem #Sebangan #JBALB #JBALBSamarahan #LojiRawatanAirSebangan
For more information, please visit
here