Event

 

DELEGASI JBALB SARAWAK PERKASA BUDAYA KERJA SELAMAT MENERUSI ACOH 2026

06 Aug 2026 - 06 Aug 2026, Borneo Convention Centre Kuching
JBALB KKP
DELEGASI JBALB SARAWAK PERKASA BUDAYA KERJA SELAMAT MENERUSI ACOH 2026

Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) diwakili oleh kakitangan Ibu Pejabat JBALB Sarawak dan JBALB Bahagian yang diketuai oleh Ir. Ts. Tie Tung Ing, Pengurus Kualiti JBALB Sarawak telah menghadiri Persidangan '24th Asian Congress on Occupational Health (ACOH) 2026' pada pagi tadi, 6 Ogos 2026 (Khamis) bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Persidangan yang berlangsung selama empat hari, bermula pada 5 hingga 8 Ogos 2026, diadakan untuk memberi pendedahan pengetahuan dan kompetensi ahli JKKP JBALB Sarawak dalam mengamalkan budaya kerja yang selamat, sihat dan mampan, di samping memperluaskan jaringan kerjasama serta perkongsian amalan terbaik bersama pakar dan organisasi antarabangsa.
For more information, please visit here