JBALB SARAWAK HAYATI SEMANGAT HARI SARAWAK 2026 DI SIBU MELALUI UNITY WALK
22 Jul 2026 - 22 Jul 2026,
Dataran Tun Tuanku Bujang, Sibu
Residen Bahagian Sibu
JBALB SARAWAK HAYATI SEMANGAT HARI SARAWAK 2026 DI SIBU MELALUI UNITY WALK
Ts. Haji Tamida bin Haji Da'adi yang mewakili Pengarah JBALB Sarawak telah menghadiri Program 'Unity Walk' bersempena Sambutan Hari Sarawak 2026 yang berlangsung di Dataran Tun Tuanku Bujang, Sibu pada pagi ini.
Program yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat ini mencerminkan semangat perpaduan, kebersamaan dan cintakan negeri Sarawak, selaras dengan aspirasi memperkukuh keharmonian serta kesejahteraan rakyat.
Turut serta memeriahkan program ialah kakitangan daripada JBALB Bahagian Sibu yang bersama-sama menunjukkan sokongan terhadap sambutan Hari Sarawak serta komitmen jabatan dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan kebersamaan komuniti.
For more information, please visit
here