Event

 

LAWATAN TEKNIKAL PESERTA BIWWEC 2026 KE LOJI RAWATAN AIR SLABI, SERIAN

18 Jul 2026 - 18 Jul 2026, Loji Rawatan Air Slabi, Serian
Malaysia Water Association
LAWATAN TEKNIKAL PESERTA BIWWEC 2026 KE LOJI RAWATAN AIR SLABI, SERIAN

Peserta delegasi yang berdaftar bersempena Persidangan Borneo International Water & Wastewater Exhibition & Conference (BIWWEC 2026) telah mengadakan lawatan teknikal ke Loji Rawatan Air Slabi, Bahagian Serian pada hari keempat penganjuran BIWWEC 2026, 18 Julai 2026 (Sabtu).

Program lawatan ini memberi peluang kepada para peserta untuk meninjau sendiri antara infrastruktur bekalan air utama di Sarawak serta memahami amalan terbaik dalam operasi dan pengurusan loji rawatan air luar bandar.

Taklimat berhubung operasi Loji Rawatan Air Slabi telah disampaikan oleh wakil kakitangan JBALB Bahagian Serian, dengan kehadiran Cik Bong Mui Kiaw, Penolong Jurutera Air JBALB Bahagian Serian, yang turut berkongsi penerangan mengenai sistem operasi, proses rawatan air serta inisiatif yang dilaksanakan oleh JBALB dalam memastikan penyampaian bekalan air bersih yang berkualiti kepada komuniti.

Lawatan teknikal ini merupakan sebahagian daripada pengisian BIWWEC 2026 yang bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada para peserta mengenai pembangunan infrastruktur air di Sarawak, di samping menggalakkan perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam industri air dan utiliti.
For more information, please visit here