INOVASI DIGITAL TWIN SOLUTION MEMPERKASA OPERASI PENDIGITALAN LOJI RAWATAN AIR PINTAR JBALB SARAWAK
15 Jul 2026 - 15 Jul 2026,
Borneo Convention Centre Kuching
JBALB, SAINS
INOVASI DIGITAL TWIN SOLUTION MEMPERKASA OPERASI PENDIGITALAN LOJI RAWATAN AIR PINTAR JBALB SARAWAK
YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, hari ini telah merasmikan 'JBALB Integrated Digital Twin Solution for Smart Water Treatment Plant' di Pavilion Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak bersempena dengan Persidangan Borneo International Water & Wastewater Exhibition & Conference (BIWWEC 2026) bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).
Pelancaran ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha JBALB memanfaatkan teknologi digital bagi memperkukuh operasi loji rawatan air serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan bekalan air kepada rakyat Sarawak.
Turut hadir bersama YAB Premier adalah YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak serta beberapa wakil pegawai daripada Kementerian dan JBALB Sarawak.
Penyelesaian Integrated Digital Twin ini membolehkan data daripada pelbagai sistem operasi diintegrasikan ke dalam satu platform pintar yang menyediakan paparan masa nyata (real-time) terhadap operasi loji rawatan air. Melalui teknologi ini, operator dapat memantau prestasi loji secara menyeluruh, membuat keputusan dengan lebih pantas dan tepat, serta melaksanakan pemantauan proaktif bagi mengoptimumkan operasi harian.
Pelaksanaan pertama sistem ini akan dilaksanakan di Loji Rawatan Air Slabi, Serian, menjadikannya loji rawatan air pertama di bawah JBALB yang menggunakan teknologi Digital Twin.
Dibangunkan melalui kerjasama strategik antara JBALB dan SAINS, penyelesaian ini merupakan langkah penting ke arah membangunkan ekosistem bekalan air yang lebih pintar, cekap dan dipacu data. Inisiatif ini turut membuka laluan kepada penggunaan analitik lanjutan dan Kecerdasan Buatan (AI) dalam pengurusan aset kritikal serta operasi bekalan air pada masa hadapan.
JBALB akan terus komited menerajui transformasi digital sektor bekalan air demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, mampan dan berdaya tahan untuk seluruh rakyat Sarawak.
Sarawak Information Systems Sdn Bhd
#JBALBSarawak #DigitalTwin #SmartWater #AI #DigitalTransformation #BIWWEC2026 #SarawakDigitalEconomy2030
For more information, please visit
here