Event

 

PENYERTAAN JBALB SARAWAK DI PERSIDANGAN BORNEO INTERNATIONAL WATER & WASTEWATER EXHIBITION & CONFERENCE (BIWWEC 2026)

15 Jul 2026 - 15 Jul 2026, Borneo Convention Centre Kuching
Malaysia Water Association
PENYERTAAN JBALB SARAWAK DI PERSIDANGAN BORNEO INTERNATIONAL WATER & WASTEWATER EXHIBITION & CONFERENCE (BIWWEC 2026)

Delegasi Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak yang diketuai oleh Tuan Ts. Haji Tamida bin Haji Da'adi, yang mewakili Pengarah JBALB Sarawak telah menyertai Borneo International Water & Wastewater Exhibition & Conference (BIWWEC 2026) yang berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Majlis Perasmian BIWWEC 2026 yang berlangsung pada hari pertama persidangan BIWWEC telah disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.

Turut hadir dalam persidangan ialah YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, bersama barisan menteri, timbalan menteri serta delegasi jemputan dari dalam dan luar negara.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari, dari 15 hingga 17 Julai 2026, menjadi platform utama yang menghimpunkan pemain industri air dan air sisa bagi berkongsi pengetahuan, teknologi terkini serta amalan terbaik dalam memperkukuh pembangunan sektor bekalan air yang mampan.

Penyertaan JBALB Sarawak mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh kompetensi warga kerja melalui perkongsian ilmu, inovasi dan jaringan kerjasama strategik. Pengetahuan yang diperoleh akan diterjemahkan kepada pelaksanaan inisiatif yang lebih efektif dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan bekalan air demi kesejahteraan rakyat Sarawak
For more information, please visit here