JBALB SARAWAK AKHIRI PENYERTAAN DI PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026 KAPIT DENGAN PENUH KENANGAN
28 Jun 2026 - 28 Jun 2026,
Perkarangan Dewan Suarah Kapit
Sarawakku Sayang
JBALB SARAWAK AKHIRI PENYERTAAN DI PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026 KAPIT DENGAN PENUH KENANGAN
Program Sarawakku Sayang 2026 di Kapit melabuhkan tirainya hari ini dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat.
Terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi reruai JBALB Sarawak sepanjang program berlangsung selama 3 hari bermula 26 hingga 28 Jun 2026 bagi mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan sedia ada, pelbagai inisiatif
pembangunan serta peranan JBALB dalam memperluaskan liputan bekalan air yang berkualiti kepada penduduk di Bahagian Kapit. Makseh banyak kepada seluruh warga Kapit yang berami-rami datang mengunjungi pameran kamek orang.
Sokongan kitak orang amat dihargai dan menjadi pemangkin untuk kamek orang terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat Sarawak.
Setiap kunjungan, pertanyaan dan maklum balas yang diberikan amat bermakna dalam usaha kami untuk terus menambah baik perkhidmatan bekalan air luar bandar di seluruh negeri.
Jumpa kitak orang di Program Sarawakku Sayang 2026 yang seterusnya!
For more information, please visit
here