RERUAI JBALB SARAWAK TERUS MENJADI TUMPUAN DI PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026 KAPIT
27 Jun 2026 - 27 Jun 2026,
Perkarangan Dewan Suarah Kapit
Sarawakku Sayang
RERUAI JBALB SARAWAK TERUS MENJADI TUMPUAN DI PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026 KAPIT
Sekitar hari kedua Program Sarawakku Sayang 2026 Kapit yang berlangsung hari ini di Perkarangan Dewan Suarah Kapit, reruai pameran JBALB Sarawak terus menjadi tumpuan pengunjung apabila menerima kunjungan daripada YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak bersama rombongan yang turut meluangkan masa melawat pameran serta mendapatkan penerangan mengenai peranan, perkhidmatan dan inisiatif terkini JBALB Sarawak.
Turut mengiringi YB Menteri ialah Ts. Haji Tamida bin Haji Da'adi (Timbalan Pengarah – Pembangunan), Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah – Khidmat Teknikal), Ts. Aaron Gorino (Timbalan Pengarah – Operasi) serta Ts. Norrisson Sanggau (Jurutera Air Bahagian Kapit).
Sepanjang hari kedua program, reruai JBALB Sarawak menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung pelbagai lapisan masyarakat di Bahagian Kapit. Selain mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan bekalan air luar bandar, para pengunjung turut berpeluang menyaksikan demonstrasi, pameran interaktif serta berinteraksi secara langsung dengan warga JBALB Sarawak.
Penyertaan JBALB Sarawak dalam Program Sarawakku Sayang 2026 menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan dengan masyarakat melalui penyampaian maklumat yang lebih dekat, jelas dan berkesan mengenai usaha kerajaan dalam memperluaskan akses bekalan air bersih kepada rakyat.
Belum sempat singgah hari tok? Sik da masalah!
Esok merupakan hari terakhir Program Sarawakku Sayang 2026 Kapit. Kamek orang masih menanti kehadiran kitak di reruai JBALB Sarawak. Boh lupak ngabas reruai kamek orang, banyak informasi menarik serta aktiviti menanti kitak. Jumpa di sana!
For more information, please visit
here