Event

 

JBALB SARAWAK MENYERTAI MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026 KAPIT

27 Jun 2026 - 27 Jun 2026, Dewan Suarah Kapit
Sarawakku Sayang
JBALB SARAWAK MENYERTAI MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026 KAPIT

Hari ini merupakan hari kedua Program Sarawakku Sayang 2026 di Kapit berlangsungnya Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang 2026 yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.

JBALB Sarawak turut hadir sebagai tanda komitmen berterusan dalam menyokong aspirasi Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, khususnya dalam memperluas akses kepada bekalan air bersih yang berkualiti di kawasan luar bandar.

Hadir mewakili JBALB Sarawak ialah Ts. Haji Tamida bin Haji Da'adi, Timbalan Pengarah (Pembangunan); Ir. Ts. Kueh Li Li, Timbalan Pengarah (Khidmat Teknikal); Ts. Aaron Gorino, Timbalan Pengarah (Operasi); serta Ts. Norrisson Sanggau, Jurutera Air JBALB Bahagian Kapit.

Selaras dengan semangat "Sarawakku Sayang", JBALB Sarawak akan terus memperkasa pembangunan infrastruktur bekalan air yang mampan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus dipelihara serta menyokong agenda pembangunan inklusif di bumi Kenyalang.

Rakan JBALB Bahagian Kapit

#JBALBSarawak #SarawakkuSayang2026 #JBALBKapit #SarawakMajuMakmur
For more information, please visit here