SAMBUTAN HARI PEKERJA TAHUN 2026 PERINGKAT SARAWAK, PENGARAH JBALB TURUT HADIR MEMERIAH SUASANA
Bersempena Sambutan Hari Pekerja Tahun 2026 Peringkat Sarawak hari ini, Pengarah JBALB Sarawak, Tuan Ts. Ahmad Selihin bin Che Said telah dijemput menghadiri majlis yang berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak selaku tetamu kehormat. Dalam ucapannya, beliau berkongsi visi dan aspirasi kerajaan Sarawak untuk terus memacu pembangunan negeri ke arah lebih progresif, mampan dan berdaya saing menerusi pendekatan pembangunan terkini.
Sambutan Hari Pekerja Tahun 2026 yang bertemakan “Pekerja Cemerlang Sarawak Maju Makmur” turut menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta, kesatuan pekerja serta masyarakat dari seluruh Sarawak dalam menghargai jasa dan pengorbanan warga pekerja sebagai tunjang pembangunan negeri seiring dengan aspirasi dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 atau lebih dikenali Post-Covid 19 Development Strategy (PCDS) 2030.
Kehadiran JBALB Sarawak dalam majlis ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam menghargai peranan warga kerja yang sentiasa berusaha memastikan penyampaian perkhidmatan bekalan air luar bandar yang cekap, responsif dan berkualiti demi kesejahteraan rakyat Sarawak.